PENAFIAN

PENAFIAN

Berhubung dengan isu Group Whatsapp yang tersebar baru-baru ini, pihak KPMNJ ingin menafikan bahawa Group Whatsapp tersebut merupakan medium rasmi KPMNJ.

KPMNJ hanya mempunyai 3 Group Whatsapp rasmi iaitu :-

1. KPMNJ Staff
2. KPMNJ Anggota Lembaga
3. JK Kawasan KPMNJ.

Oleh yang demikian, mana-mana Group Whatsapp yang menggunakan nama KPMNJ selain di atas dianggap tidak rasmi dan KPMNJ tidak akan bertanggungjawab dengan apa sahaja kandungan di dalamnya.

KPMNJ merupakan sebuah entiti/organisasi yang berteraskan aktiviti perniagaan dan mendokong prinsip-prinsip berkoperasi. Justeru pihak kami memandang serius dakwaan tersebut dan ingin menegaskan bahawa kami tidak terlibat dengan sebarang agenda politik.

Walaubagaimanapun kami memohon maaf ke atas isu yang tersebut dan akan mengambil langkah yang perlu untuk menanganinya.

AMARAN

KPMNJ ingin memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyalahgunakan nama KPMNJ dengan cara membina Group Whatsapp/ Telegram / Facebook atau lain-lain media sosial hingga mencalarkan imej KPMNJ agar menghentikan perbuatan tersebut ; jika tidak , tindakan keras akan diambil. Sebarang info mengenai hal ini bolehlah dimajukan ke talian 07-2232050 (Pejabat KPMNJ).

SETIAUSAHA KPMNJ