Kertas Undi Sulit Bagi Tahun 2018 & Ralat Percetakan

KUS1 KUS2 KUS3 KUS4 KUS5

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Adalah dimaklumkan KPMNJ pada 7hb Mei 2018 telah mula mengedarkan Kertas Undi Sulit bagi pemilihan empat (4) orang Anggota Lembaga yang mengosongkan  jawatan secara bergilir-gilir pada setiap Mesyuarat Agung Perwakilan dan satu (1) orang untuk mengisi kekosongan bagi menggantikan Allahyarham Hj Syed Salim bin Syed Mohamad yang telah meninggal dunia.

3.     Tarikh tutup penerimaan Kertas Undi Sulit adalah pada 11hb Jun 2018 jam 3.00 petang.

4.     Untuk perhatian semua Anggota KPMNJ juga, terdapat ralat dalam cetakan ejaan nama bagi Calon No 7 sebagaimana berikut :-

                                “Daud bin Sawiran”      SEPATUTNYA    “Mohd Daud bin Sawiran”

5.     Semoga perkara ini daam makluman tuan/puan jua.

Sekian, terima kasih.