Yayasan ANGKASA

Yayasan ANGKASA dahulunya dikenali sebagai Tabung Pembiayaan Pendidikan ANGKASA (TAPAK) ditubuhkan pada 4 Disember 1999. Yayasan ANGKASA telah didaftarkan di bawah SSM pada 2 Disember 2010, dan secara rasminya dikenali sebagai Yayasan ANGKASA setelah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 27 September 2012. Pada dasarnya, matlamat utama penubuhan Yayasan ANGKASA adalah memperkasa taraf pendidikan dan pembangunan modal insan warga koperasi dengan membantu melahirkan golongan yang berpengetahuan dan berkemahiran yang boleh menyumbang kepada gerakan koperasi dan masyarakat pada amnya.

Secara umumnya, Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi yang menjadi ahli ANGKASA dan anak kakitangan ANGKASA yang melanjutkan pengajian sepenuh masa/separuh masa/PJJ di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam negara.

SYARAT-SYARAT-PERMOHONAN-PEMBIAYAAN-PENDIDIKAN-YAYASAN-ANGKASA

MAKLUMAT PERHUBUNGAN
No.402, Blok C, Glomac Business Centre
No.10, Jalan SS6/1
Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Telefon: +603 – 7880 5358 / +603 – 7880 6358 / +603 – 7880 9358 Faks: +603 – 7886 3357 E-mel: pinjaman.yayasanangkasa@gmail.com