NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 24

YB Dato’/ Datin/Tuan/Puan

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-24 KOPERASI PERMODALAN MELAYU NEGERI JOHOR BERHAD (KPMNJ)

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke Dua Puluh Empat KPMNJ akan diadakan pada tarikh , masa dan tempat seperti berikut :-

Tarikh : 22b Jun 2019 (Sabtu) bersamaan 18 Syawal 1440H

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Ballroom 1, Level 25 New York Hotel Johor Bahru,

Pakaian : Baju Melayu (lengkap bersongkok) bagi lelaki dan Baju Kurung bagi wanita

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan sebagai Anggota Perwakilan yang telah dipilih (mewakili 50 anggota lain) hendaklah hadir bagi menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan ekpada tuan/puan oleh anggota-amggota yang tuan/puan wakili. Elaun kehadiran akan diberikan kepada anggota-anggota Perwakilan yang hadir sahaja. Pemberian elain kehadiran hanya dibuat selepas selesai Mesyuarat Agung Perwakilan tersebut. Pendaftaran kehadiran hanya diterima sehingga jam 10.30 pagi sahaja.

4. Sila sahkan kehadiran dengan menghubungui kami di talian 07-2232050 (Puan Hazlina/Puan Hawarina) selewat-lewatnya pada 13hb Jun 2019. Kehadiran tuan/puan ANggota Perwakilan sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.

TEGUH . DINAMIK . PRIHATIN