Lawatan Kunjung Hormat Kepada YAB Datuk Onn Hafiz Bin Dato’ Ghazi, Menteri Besar Johor
KPMNJ merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Datuk Onn Hafiz Bin Dato’ Ghazi, Menteri Besar Johor atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi, Anggota Lembaga dan Pengurusan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad yang bertempat di Pejabat Menteri Besar Johor. Pelbagai perkara dan idea telah dibincangkan bersama. Besar harapan agar KPMNJ diberikan ruang dan peluang untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan saling menyokong bagi manfaat dan kebaikan bersama. Perkara ini juga bertepatan dengan iltizam YAB Menteri Besar bagi menjadikan negeri Johor sebagai sebuah negeri yang berdaya maju dan berdaya saing. Semoga dengan kunjungan hormat ini akan menjadi pembuka jalan dan ikatan kerjasama yang erat antara Kerajaan Negeri Johor dan KPMNJ bagi manfaat seluruh bangsa Johor.