Soalan Lazim Berkenaan KPMNJ:

Siapakah KPMNJ?

KPMNJ ditubuhkan pada tahun 1965. Koperasi ini didaftarkan pada 3hb Mac 1966 di bawah Akta Koperasi 1993 (dahulunya Akta Koperasi 1948). Penubuhannya adalah di atas inisiatif beberapa pegawai Kerajaan berbangsa Melayu yang diketuai  oleh Allahyarham Tan Sri  Dato’ Haji Basir bin Ismail yang sedar betapa pentingnya orang-orang Melayu melibatkan diri dalam bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Apakah syarat-syarat untuk menjadi anggota Koperasi ?

  1. Orang Melayu beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Telah mencapai umur 18 tahun ke atas.
  4. Bukan seorang yang bankrup.
  5. Tidak hilang upaya dari segi mental.
  6. Tidak pernah dibuang daripada mana-mana koperasi dalam tempoh 1 tahun.
  7. Bermastautin atau bekerja atau memiliki tanah di kawasan Koperasi.
  8. Koperasi Melayu Berdaftar.

Bolehkah Koperasi lain menjadi anggota Koperasi?

Hanya terbuka untuk Koperasi Melayu yang didaftarkan di bawah Akta sebagai koperasi asas dalam kawasan operasi.

Berapakah modal saham minimum untuk menjadi anggota Koperasi?

Saham minimum bagi individu sebanyak RM500.00 dan RM50.00 wang pemprosesan.

Saham minimum bagi koperasi adalah sebanyak RM5,000.00 dan RM500.00 wang pemprosesan.

Apakah kelebihan menjadi anggota Koperasi

  • Pulangan dividen tahunan mengikut keuntungan
  • Elaun kehadiran semasa mesyuarat kawasan (2 tahun sekali)
  • Hadiah pelajaran untuk anggota / anak anggota setelah 2 tahun keanggotaan
    • Lulus ujian kemasukan ke MRSM, SBP, Darjah Khas.
    • Cemerlang UPKK, SPM, SMA, MATRIKULASI, STAM, STPM, DIPLOMA, IJAZAH.
  • Khairat kematian atas Anggota Meninggal Dunia.
  • Potongan harga untuk produk-produk KPMNJ & Subsidiari.
  • Pembiayaan 75% bagi gadaian dicawangan-cawangan Ar-Rahnu KPMNJ.

Bagaimana untuk mohon berhenti dari menjadi anggota Koperasi?

 Seseorang atau sesuatu anggota boleh menarik diri (berhenti) daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis dua belas bulan terlebih dahulu kepada Anggota Lembaga.

Berapa lamakah proses berhenti ?

Mengikut UUK 22 : 

(1) Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis dua belas bulan terlebih dahulu kepada Lembaga.  Atas sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam tempoh yang singkat

(2) Melainkan tarikh lebih awal dipersetujui oleh Lembaga, maka keanggotaan anggota itu hendaklah terhenti hanya pada hari genap tempoh notisnya.

(3) Dalam tempoh notis itu, anggota yang demikian hendaklah masih mempunyai hak, kewajipan dan  liabiliti sebagai seorang anggota.

Apakah aktiviti-aktiviti bisnes KPMNJ ?

  1. Perladangan & Ternakan
  2. Pajak Gadai Ar-Rahnu 
  3. Pembangunan dan Hartanah
  4. Pengurusan Dan Penyelenggaraan Hartanah, Kontraktor Sivil, Kontraktor M&E Dan Lain- Lain
  5. Agensi Pelancongan/Umrah/Ziarah dan Perkhidmatan Pengangkutan Pelacongan

Senaraikan syarikat subsidiari milik KPMNJ dan apakah aktiviti bisnes subsidiari?

  1. KPMJ Khidmat Sdn Bhd – agen takaful , amil zakat korporat , pengurusan acara (MICE) dan pengurusan operasi teksi
  2. Kayu Utama Sdn Bhd- pembalakan dan pengilangan kayu bergergaji
  3. KPMJ Properties Sdn Bhd- pembangunan, pengurusan dan penyelenggaraan hartanah
  4. KPMJ Holdings Sdn Bhd-pelaburan saham siar harga dan tak siar harga dan pengurusan Akaun Simpanan Khas Anggota
  5. Executive Travel & Tours (M) Sdn Bh – agen penjualan tiket penerbangan, pengendalian pakej pelancngan, pengurusan hotel & resort , Umrah dan bas pelancongan / kereta sewa
  6. Tema Viana Sdn Bhd (Usahasama) – pemilikan dan pengurusan hotel bajet

Bagaimana mahu menghubungi KPMNJ ?

KPMNJ boleh dihubungi melalui :-

Talian tetap     :           07-223 2050

Telefon             :           019-755 0063

Fax                   :           07-224 5501

Email               :           kpmnj@melayujohor.com

Facebook        :           https://www.facebook.com/groups/kpmnj/

Laman Web    :           www.melayujohor.com

wpChatIcon
wpChatIcon