Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) Ditubuhkan Pada Tahun 1965. Koperasi Ini Didaftarkan Pada 3hd. Mac 1966 Di Bawah Akta Koperasi 1948. Penubuhannya Adalah Di Atas Inisiatif Beberapa Pegawai Kerajaan Berbangsa Melayu Yang Diketuai Oleh Tan Sri Dato’ Haji Basir Bin Ismail Yang Sedar Betapa Pentingnya Orang-Orang Melayu Melibatkan Diri Dalam Bidang Ekonomi Bagi Meningkatkan Taraf Hidup Mereka.

Mengumpul Modal Di Kalangan Orang Melayu Dan Dilaburkan Dalam Bidang Ekonomi. Oleh Yang Demikian Orang Melayu Dapat Bersatu Untuk Bergerak Dalam Didang Ekonomi. Sebagai Balasannya, Mereka Akan Mendapat Keuntungan Dari Segi Dividen, Bonus Dan Berbagai Faedah Lain Yang Disediakan.