Senarai Aktiviti

Perladangan
Aktiviti perladangan kelapa sawit diusahakan di tanah seluas 1,000 ekar di Kahang, Johor. Ladang Kahang juga membekalkan anak benih sawit untuk dijual kepada orang ramai .

Ternak biak Kambing
KPMNJ telah memulakan projek ternakbiak 105 kambing Baka Boer (5 pejantan dan 100 betina) di Ladang Koperasi Melayu (LKM) bermula pada 12hb Februari 2008. Kesemua 105 ekor kambing tersebut telah diimport daripada negara Australia dan dibawa masuk melalui KLIA pada 6hb Februari 2008.

Teksi KPMNJ
30 unit teksi KPMNJ telah beroperasi sepenuhnya pada 15 Jun 2007 . Pada November 2007, KPMNJ telah mendapat 70 unit tambahan dan telah beroperasi pada Disember 2008. Pemandu adalah Ahli KPMNJ yang juga dikenali sebagai Duta KPMNJ .

Ar-Rahnu KPMNJ
Telah dilancarkan pada 23 Jun 2007 di Persada Johor. Pembiayaan peribadi bercagar emas yang menepati prinsip syariah. Al-Qardhul Hasan (pinjaman kebajikan tanpa riba), Al Wadiah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan) , Al-Ujrah (upah) Kadar pembiayaan tinggi. 65% (bukan ahli), 70% (ahli), 70% (Dinar Emas-ahli dan bukan ahli)