Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor 2020

Pada 30 November 2021, Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) telah dijemput untuk
menghadiri dan meraikan Majlis Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor Tahun 2020 di Trove Hotel, Johor Bahru.
Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Izhar Bin Ahmad
(Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor)
Pada majlis tersebut, KPMNJ telah mendapat tempat ke-4 bagi Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor Tahun 2020.
Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada seluruh ALK dan anggota pekerja KPMNJ dan Subsidiari.
 
هَذَا مِن فَضْلِ رَبِّنا
Ini adalah dari limpah kurnia dari Tuhan kami