Dialog Jawatankuasa Kawasan Bersama Anggota Lembaga Dan Pengurusan KPMNJ

Dialog Jawatankuasa Kawasan Bersama Anggota Lembaga Dan Pengurusan KPMNJ telah berlangsung pada 26 Ogos 2022 bertempat di Hotel Zamburger, Segamat yang dihadiri oleh Jawatankuasa Perhubungan Kawasan. Turut serta dalam dialog tersebut Encik Azahar selaku wakil dari syarikat pemaju iaitu Tetuan Northstar Frontier Sdn Bhd bagi penerangan status semasa projek pembangunan bercampur Tampoi Indah, Johor Bahru. Pelbagai penjelasan telah diberikan oleh Puan Nordiana selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KPMNJ termasuklah pendapatan, perkembangan perniagaan dan juga perancangan perniagaan baru untuk KPMNJ.

Tuan Pengerusi KPMNJ, Tn Hj Ahmad bin Daud berkata, tujuan dialog ini diadakan tidak lain dan tidak bukan hanyalah ingin menyampaikan maklumat yang lebih jelas kepada Jawatankuasa Perhubungan Kawasan dan kemudian disampaikan kepada semua anggota KPMNJ di kawasan masing-masing. Tambahnya lagi, ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan KPMNJ dan barisan ALK bersikap telus kepada semua anggota dan menyeru kepada semua Jawatankuasa Perhubungan Kawasan agar dapat bersama-sama membantu ALK dan pengurusan dalam memajukan KPMNJ.

Comments are closed