Keanggotaan
SYARAT-SYARAT
Terbuka untuk Orang Melayu yang merupakan Warganegara Malaysia
Telah mencapai umur dewasa 18 tahun
Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun dan Bermastautin atau bekerja atau memiliki tanah dalam kawasan operasi.
Juga terbuka kepada mana-mana Koperasi Melayu Berdaftar.
Untuk mohon keahlian secara pos, Sila download dan cetak borang yang disediakan dan hantarkan kepada kami melalui alamat yang tertera di bahagian bawah laman ini. Sila klik pada borang tersebut untuk dapatkan paparan saiz yang sebenar.