KERTAS UNDI SULIT BAGI PEMILIHAN LIMA (5) ORANG ANGGOTA LEMBAGA SESI 2021/2024

Assalamualaikum, untuk makluman anggota-anggota KPMNJ.

Kertas undi sulit bagi pemilihan lima (5) orang Anggota Lembaga Sesi 2021/2024 telah diedarkan melalui pos.

Tuan/Puan adalah diminta memilih tidak lebih daripada lima (5) orang bagi calon Anggota Lembaga untuk mengisi kekosongan ini.

Tuan/Puan boleh menandakan kurang daripada yang ditetapkan. Undi dianggap rosak sekiranya tuan/puan menandakan lebih daripada 5 orang calon.

Kertas Undi yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan dengan menggunakan sampul surat bayaran pos jelas yang disertakan beralamat kepada Juruaudit Koperasi.

Sekian, Terima Kasih.