Kutipan Zakat Korporat

Pengenalan

Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) menyediakan perkhidmatan kutipan zakat korporat diketuai oleh Eksekutif Rendah Syariah KPMNJ yang bertanggungjawab sebagai amil zakat korporat yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan no. tauliah 7/27(70).

Perkhidmatan

  • Kutipan bagi zakat korporat meliputi : zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat emas/perak, zakat ternakan, zakat pertanian, zakat saham, zakat rikaz & galian dan zakat KWSP.
  • KPMNJ juga menyediakan perkhidmatan kutipan secara door-to-door bagi memudahkan pelanggan.
  • Edaran maklumat turut disediakan bagi memberi kefahaman mengenai kepentingan zakat.
  • Database pembayar juga sentiasa dikemaskini dan dimaklumkan mengenai tempoh haul bagi kemudahan untuk membuat perancangan pembayaran.

 

Sila hubungi Eksekutif Rendah Syariah KPMNJ, Ustaz Muhamad Raqib bin Haharai untuk temujanji kutipan zakat dan keterangan lanjut ditalian 07-2232050 / 018-3694156