Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) telah ditubuhkan pada 3 Mac 1996 atas usaha dan kesedaran Tan Sri Dato' Haji Basir bin Ismail (Allahyarham) yang ingin melihat orang Melayu melibatkan diri dalam bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Dalam tempoh selepas hampir 45 tahun KPMNJ telah dapat bergiat dalam pelbagai sektor perniagaan seperti perladangan, pelaburan saham, perkhidmatan, pelancongan, hartanah, perkayuan dan pembalakan, Ar-Rahnu dan lain-lain. KPMNJ dijangka terus berkembang pesat menurut misi dan visinya menjelang tahun 2020. Sehingga 3 Mac 2011 KPMNJ kini dianggotai seramai 8,552 ahli merupakan koperasi terbesar di negeri Johor sendiri.
Pengasas KPMNJ