Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) kali ke 27

Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) kali ke 27 baru-baru ini telah diadakan pada 27hb Ogos 2022 (Sabtu) pada jam 8:00 pagi hingga 1:30 Petang bertempat di The Amethyst Hall, VIP Hotel, Segamat Johor. Menurut maklumat yang diperolehi daripada urusetia MAP, Pn Hazlina binti Paiman, program ini melibatkan kehadiran seramai 152 orang yang terdiri dari lima kawasan iaitu Kawasan Bandaraya, Kawasan Johor Tengah, Kawasan Johor Utara, Kawasan Johor Timur dan Kawasan Johor Barat. Anugerah Pelajar Gemilang turut diselitkan di dalam program MAP ini sebelum mesyuarat berlangsung. Puan Melor Binti Mod Zin, selaku Timbalan Pengarah II, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Johor hadir bagi merasmikan MAP Ke 27 pada kali ini. Pelbagai usul, cadangan dan persoalan telah dilontarkan dan dibincangkan dalam mesyuarat kali ini. Barisan Anggota Lembaga dan anggota pekerja KPMNJ berharap MAP kali ke-27 ini dapat membuahkan hasil kepada koperasi dan juga anggota seperti yang dirancang.

Comments are closed