BANDARAYA KAWASAN PALING RAMAI ANGGOTA KPMNJ


Johor Bahru – Kawasan Bandaraya, dengan jumlah keanggotaan sebanyak 2,047 orang menjadi kawasan paling ramai anggota berbanding kawasan-kawasan lain. Dengan jumlah keanggotaan yang kini telah mencecah 8,456 orang , Bandaraya terus mengungguli dengan jumlah keanggotaan teramai semenjak Koperasi ditubuhkan.

Untuk menjadi anggota, mestilah berumur 18 tahun, berbangsa Melayu dan beragama Islam. Bermaustautin , bekerja atau mempunyai tanah di Negeri Johor dan bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental , atau bankrup yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana- mana koperasi dalam tempoh satu tahun .

Disamping itu, minimum syer adalah sebanyak RM100 untuk sesorang itu layak untuk mendapatkan segala hak sebagai anggota.

Perincian keanggotaan KPMNJ mengikut kawasan adalah seperti berikut :

KAWASAN BILANGAN
Bandaraya :2,047
Johor Tengah :1,943
Johor Timur :1,406
Johor Barat: 1,454
Johor Utara :1,696