BARISAN EXCO BARU TERAJUI KPMNJ
Batu Pahat: Perubahan kepimpinan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad
(KPMNJ) selepas Mesyuarat Agung Perwakilan pada 26 Jun lalu menyaksikan perubahan
ketara apabila beberapa muka baru di kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK)
diberi mandat untuk menerajui koperasi yang mempunyai jumlah keahlian paling
ramai di negeri ini.
Mesyuarat ALK yang bersidang selepas tamatnya Mesyuarat Agung Perwakilan di The Katerina Hotel, Batu Pahat memutuskan untuk mengekalkan Prof. Madya Datuk Hj Mohamad Ali Hasan sebagai Pengerusi KPMNJ bagi sesi 2011 sehingga penggal berikutnya.
Selain itu, mesyuarat juga turut melantik Tuan Haji Ahmad Daud sebagai Naib Pengerusi KPMNJ yang baru selain Tuan Hj Syed Salim Syed Mohamed (setiausaha) dan Tuan Haji Mokhtar A. Aziz (Bendahari).
Haji Ahmad Daud, wartawan Berita Harian dan Harian Metro yang juga Pengerusi Kayu Utama Sdn Bhd sebelum ini adalah salah seorang ALK KPMNJ yang juga Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tetapi kali ini diberi peranan lebih mencabar untuk memajukan KUSB serta beberapa anak syarikat koperasi.
Berdasarkan cadangan projek berkenaan oleh AUSB, pihak pemaju akan membangunkan menara di Jalan Ayer Molek secara usahasama dengan Koperasi dengan kadar pemilikan peratusan yang akan ditentukan kemudian apabila mendapat persetujuan semua Anggota Lembaga Koperasi.
Manakala Hj Syed Salim Syed Mohamed yang baru sahaja memenangi ALK Koperasi diberi kepercayaan sebagai Setiausaha koperasi yang baru iaitu satu jawatan penting yang mengawal selia serta memantau perjalanan pengurusan kakitangan koperasi.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Negeri Johor (DPMNJ) serta Pengerusi Konsortium Pengangkutan DPMNJ dibawa masuk bagi membantu memantapkan lagi sektor runcitan dan perniagaan baru koperasi.
Sementara itu, Haji Mokhtar A. Aziz yang baru sepenggal menduduki ALK diberi kepercayaan sebagai Bendahari bagi memantau dan mengawal selia kewangan dan perjalanan hasil mahsul KPMNJ.
Beliau yang juga Pegawai FELCRA Johor Bahru sebelum ini menduduki beberapa Anggota Lembaga Pengarah Felcra serta berpengalaman luas dari segi kewangan dan audit dan diharapkan akan membantu koperasi ke arah pembangunan lebih mantap dan lestari