ANUGERAH PELAJAR GEMILANG KPMNJ 2010
Johor Bahru : Seramai lima orang pelajar dikalangan anak-anak anggota KPMNJ terpilih untuk menerima Anugerah Pelajar Gemilang 2010 sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke 16 pada 26hb Jun 2011 di The Katerina Hotel, Batu Pahat.
Anugerah disampaikan oleh Encik Mohamad Jaafar Muhayat, Ketua Sektor Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang juga wakil rasmi Ketua Eksekutif SKM.
Pelajar yang berjaya untuk peringkat ijazah adalah Cik Munirah Onn (Ijazah Sarjana Muda Sains Polymer Technology-UiTM). Penerima kategori STPM pula, En. Khir Nizam Jemari (SMK Tinggi Batu Pahat). Bagi kategori matrikulasi , Nik Mohammad Uqbah Nik Mohd Azam (UIA,Kuala Lumpur). Manakala kategori SPM, PMR dan UPSR terdiri daripada Mohd Fahrulradzi Bukhari, Cik Athirah Budiono dan Cik Nurin Haziqah Abd Razak.
Pemilihan Anugerah Pelajar Gemilang dibuat berdasarkan pencapaian pelajar-pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga pencapaian dalam kokurikulum, sukan serta kegiatan-kegiatan kemasyarakat yang diceburi oleh pelajar-pelajar ini.
Pelajar yang terpilih ini adalah yang terbaik dari yang terbaik daripada sejumlah permohonan dikalangan anak anggota KPMNJ.