KPMNJ MENEROKA SEKTOR PERHOTELAN
KPMNJ berhasrat untuk meneroka sektor perhotelan secara lebih aktif dengan cadangan
untuk membuka sebuah hotel bajet yang terletak bersebelahan dengan Bangunan
KPMNJ di sini.
Cadangan ini dilihat bersenergi dengan aktiviti subsidiari, Execuitve Travel & Tours (ExecTravel) yang bukan sahaja bergiat dalam perniagaan perkhidmatan agensi pelancongan tetapi juga sektor perhotelan dengan menguruskan Pantai Penyabong Resort dan Pulau Tinggi Beach Resort sebelum ini.
Cadangan ini telah dipersetujui oleh pihak tertinggi MARA sebagai pemilik bangunan hasil daripada lawatan kunjungan hormat KPMNJ kepada Ketua Pengarah MARA, Y. Bhg. Datuk Hj. Ibrahim bin Ahmad di pejabat beliau di Kuala Lumpur pada 17hb. Jun 2011 yang lalu.
Projek
perniagaan hotel bajet ini dilihat sebagai suatu perniagaan yang bersifat quick
win dan dapat memberi manfaat secara langsung kepada para anggota KPMNJ sendiri.
Projek ini dijangka akan dapat dimulakan dalam tempoh setahun daripada sekarang
bagi memberi ruang kepada pihak MARA untuk mengemaskini dokumen mengenai hakmilik
dan perkara-perkara lain yang berkaitan.