PELANTIKAN JURUAUDIT DALAMAN KPMNJ
Johor Bahru : Anggota Lembaga dalam Mesyuaratnya pada 6hb Julai 2011 melantik tiga orang Jawatankuasa Audit Dalaman KPMNJ bagi sesi 2011/2012.
Dua orang anggota Jawatankuasa Audit Dalaman yang sebelum ini dikekalkan jawatannya. Mereka adalah Hj Mohamed Bedu dan Haji Omar Salleh.Seorang muka baru dilantik menganggotai Jawatankuasa Audit Dalaman, iaitu Encik Hamdan Yusof. Beliau berpengalaman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Tahun 2009.