ANUGERAH KAWASAN TERBAIK

Dengan keanggotaan seramai lebih 8,500 orang anggota, yang meliputi seluruh negeri Johor, Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) telah menetapkan kawasan-kawasan bagi tujuan pemilihan perwakilan dalam Mesyuarat Agung Tahunannya. Terbahagi kepada 5 kawasan iaitu Kawasan Bandaraya, Kawasan Johor Tengah, Kawasan Johor Timur, Kawasan Jobor Barat dan Kawasan Johor Utara. Setiap Kawasan mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 orang anggota.

Dengan adanya kawasan-kawasan ini, KPMNJ telah menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Kawasan yang berperanan sebagai :
(i) menjadi penghubung antara Lembaga dan anggota-anggota dikawasan tersebut
(ii) memberi pertolongan, nasihat dan menjalankan kerja-kerja sepertimana yang ditetapkan dan diarahkan oleh Lembaga dari masa ke semasa
(iii) memberi cadangan, pandangan dan syor mengenai projek yang boleh dijalankan oleh Koperasi untuk dipertimbangkan oleh Lembaga.
(iv) Menyampaikan segala keputusan-keputusan Lembaga kepada anggota-anggota di kawasan mereka.
(v) Menganjurkan program-program yang berunsur pendidikan dan keilmuan koperasi bagi anggota-anggota dalam kawasan mereka
(vi) Menjalankan aktivit dan program bagi menarik lebih ramai orang dikawasan itu untuk menjadi anggota Koperasi.

Anugerah Kawasan terbaik akan dinobatkan kepada Jawatankuasa Perhubungan Kawasan yang aktif dan telah mencapai kegemilangan dalam menjalankan fungsi-fungsi di atas.