SEMUA ALK LAMA KEKAL

Johor Bahru : Kesemua Anggota Lembaga KPMNJ yang gugur mengikut giliran telah dipilih semula oleh anggota-anggota untuk menerajui kepimpinan KPMNJ bagi sesi 2011/2014.

Keputusan pemilihan yang ditentukan secara undi sulit telah diumumkan oleh Pengerusi Tetap Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KPMNJ, Y.B Dato' Hj. Mohd Salleh Hj Tahir dalam Mesyuarat Agung Perwakilan yang diadakan pada 26hb Jun 2011, bertempat di The Katerina Hotel, Batu Pahat.

Mereka yang berjaya adalah Syed Saruat Nasim Syed Osman, Y.Bhg Datuk Seri Paduka Dr Hj Hassan Dato' Hj Omar, Datin Paduka Hajah Hapipah Endot dan Hj Syed Salim Syed Mohamed.