MUKA BARU TERAJUI ANAK SYARIKAT
Johor Bahru : Dalam Mesyuarat Lembaga pada 6hb Julai 2011 yang lalu, Anggota Lembaga melantik Pengerusi baru bagi anak syarikat dan Jawatankuasa Fungsi dan Penggerak sesi 2011/2012.
Butiran Pengerusi baru untuk anak syarikat adalah terdiri daripada Y.B Datin Paduka Hajah Hapipah Endot (Exectravel), Hj Ahmad Daud (Kayu Utama Sdn Bhd), Hj Syed Salim Syed Mohamed (KPMJ Properties Sdn Bhd), Hajah Rokiah Idris (KPMJ Holdings Sdn Bhd) dan Hj Mokhtar A. Aiz (KPMJ Khidmat Sdn Bhd)
Manakala Jawatankuasa Fungsi dan Penggerak pula Hj Mokhtar A. Aziz (Jawatankuasa Perladangan), Hajah Rahmah Talib (Jawatankuasa Kebajikan & Keanggotaan), Hj Syed Salim Syed Mohamed (Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan dan Projek Baru), Hj Masduki Jarkasi (Jawatankuasa Tender) dan Hj Ahmad Daud (Jawatankuasa Buletin, Laman Web dan Sambutan 45 Tahun KPMNJ).