PANTAI PEYABONG RESORT

Pantai Penyabong Resort atau singkatnya PPRt terletak lebih kurang 25km dari Mersing dand kira-kira 10 km dari pekan Endau. Dengan berlanskapkan pemandangan pantai yang berhadapan pulau-pulau seperti Pulau Semut, Pulau Tengah, Pulau Pelandok, Pulau Acheh dan Pulau Tunus serta berhampiran pantai awam, iaitu Pantai Pasir Lanun, Pantai Penyabong Resort adalah tempat bersantai yang harus dikunjungi.

Pusat Peranginan ini asalnya adalah projek dibawah Program Pemulihan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibangunkan dan urus oleh Pejabat Daerah Mersing. Pada 1 Mac 2005, Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor di bawah suatu Perjanjian Pajakan dan Pengurusan Pantai Penyabong Resort telah mengambilalih operasi Resort tersebut. Untuk tempoh 20 tahun.

Pantai Penyabong Resort kini telah diurus oleh subsidiari KPMNJ, Executive Travel & Tours (M) Sdn. Bhd. (Exectravel). Sejak beroperasi sepenuhnya pada Mac 2006, seramai 14,482 telah mengunjungi Resort ini.

Dilengkapi dengan restoran, bilik penginapan berkonsep chalet, asrama, kemudahan bilik seminar dan surau, PPRt boleh menempatkan seramai 30 orang pada satu-satu masa.

Resort tersebut boleh dimanafaat untuk diadakan program-program seperti program motivasi, seminar, kursus dan hari keluarga dengan harga serendah RM45.00 seorang bagi pakej 2hari 1malam.

Anggota-anggota KPMNJ boleh mengambil peluang menginap secara percuma dengan menghubungi 07-7942622 (Pantai Penyabong Resort) tertakluk kepada terma dan syarat.