KOPERASI DAPAT TANAH 300 EKAR DI MUKIM KOTA TINGGI

Kota Tinggi : Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) berjaya mendapat 300 ekar tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor dan Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi yang terletak di Mukim Ulu Sungai Johor dekat Kota Tinggi.

Kerja-kerja mengukur sempadan kawasan tanah berkenaan kini sedang giat dijalankan oleh pihak Juruukur selain penentuan batu sempadan.

Pengurus Besar, Haji Sahar Ahmad berkata pada April lalu, beliau bersama Hajjah Rahmah Talib, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan dan Projek Baru, mengadakan pertemuaan dengan Timbalan Pengarah 1, Pejabat Tanah Galian Negeri Johor, Haji Abdul Wahab Riduan bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai tanah yang diluluskan Kerajaan Negeri Johor.

Beliau berkata, mekalumat mengenai kelulusan tanah berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Penuh ALK Koperasi untuk mendapatkan cadangan dan pandangan semua Anggota Lembaga mengenai cadangan projek yang bakal dilaksanakan di atas tanah berkenaan.