TEBU TELUR SATU LAGI TANAMAN MENGUNTUNGKAN


Johor Bahru, satu cadangan telah dikemukakan oleh Bendahari KPMNJ, Tuan Hj. Mokhtar bin A. Aziz agar KPMNJ menceburi bidang penanaman tebu telur yang difahamkan sangat menguntungkan.

Beberapa siri lawatan telah dijalankan ke beberapa projek penanaman tebu telur yang terletak di Kota Tinggi dan di Gelang Patah, Nusajaya dan mendapati projek ini mempunyai potensi untuk dimajukan.

Skim penanaman tebu telur ini adalah secara perladangan kontrak dengan sebuah syarikat yang berpengkalan di Nusajaya iaitu Sugar Cane World (M) Sdn Bhd yang akan bertanggungjawab untuk memberikan nasihat teknikal dan akan turut membeli tebu-tebu yang akan dihasilkan nanti.

Walau bagaimanapun buat permulaan, KPMNJ bercadang untuk membuat percubaan kerja-kerja penanaman tebu telur ini di sebidang tanah pertanian seluas 2.74 ekar milik KPMNJ di Batu 7, Yong Peng selaras dengan pendekatan KPMNJ yang perlu berhemah dan berhati-hati.

Sekiranya tanaman di plot percubaan tersebut dapat menunjukkan prestasi sepertimana yang diharapkan, maka projek penanaman tebu telur ini akan dipergiatkan termasuk akan ditawarkan kepada para anggota.