MENARA KPMNJ BAKAL DI BINA DI JALAN AYER MOLEK
Johor Bahru- Lebih 8,000 anggita Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad
(KPMNJ) bakal memiliki sebuah Menara baru yang bakal dibina di Jalan Ayer Molek
Johor Bahru berikutan persetujuan koperasi berkenaan mengadakan projek usahasama
mendirikan bangunan Menara 39 tingkat tidak lama lagi.
Menara berkonsep moden berharga sekitar RM70 juta itu emmaparkan pembinaan bercirikan rekabentuk 1 Malaysia akan dibina di tanah milik projek penswastaan bersama sebuah syarikat pembinaan hartanah dari Kuala Lumpur, Tetuan Ampang UPTown Sdn Bhd (AUSB)
Majlis taklimat dan sesi penerangan oleh pihak AUSB kepada pengurusan koperasi diadakan Minggu pertama Ogos lalu dihadapan Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan dan Projek Baru yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Syed Salim Syed Mohamed yang juga setiausaha KPMNJ.
Turut serta di taklimat berkenaan ialah Pengerusi KPMNJ, Prof. Madya Datuk Hj Mohamad Ali Hasan, Naib Pengerusi Hj Ahmad bin Daud , Hj Mokhtar A.Aziz (Bendahari), Hajah Rokiah Idris (ALK) serta pengurusan koperasi.
Berdasarkan cadangan projek berkenaan oleh AUSB, pihak pemaju akan membangunkan menara di Jalan Ayer Molek secara usahasama dengan Koperasi dengan kadar pemilikan peratusan yang akan ditentukan kemudian apabila mendapat persetujuan semua Anggota Lembaga Koperasi.
Bagaimanapun, pihak AUSB akan membiayai sepenuhnya projek pembinaan Menara berkenaan manakala KPMNJ hanya menyediakan tanah miliknya sebagai modal yang bakal dibina dalam tempoh sekurangnya 2 tahun.
Kertas cadangan juga menyatakan pihak AUSB akan membina Menara dengan memperuntukkan empat tingkat bagi tujuan komersil dan pejabat, enam tingkat (tempat meletak kenderaan), 25 tingkat (hotel da kondo 125 unit) dan selebihnya adalah tempat riadah.
Selain itu sebuah kolam renang, pusat riadah, landskap serta RUmah Kelab Ahli akan dibina di Menara berkenaan yang bakal melengkapkan fungsi Menara Koperasi sebagai salah sebuah bangunan bertaraf moden di tengah-tengah kawasan Bandaraya Johor Bahru.