Siapa Kami

Pengenalan

cropped-kpmnj.jpg⇐ Logo Rasmi Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor

Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) Ditubuhkan Pada Tahun 1965. Koperasi Ini Didaftarkan Pada 3hd. Mac 1966 Di Bawah Akta Koperasi 1948. Penubuhannya Adalah Di Atas Inisiatif Beberapa Pegawai Kerajaan Berbangsa Melayu Yang Diketuai Oleh Tan Sri Dato’ Haji Basir Bin Ismail Yang Sedar Betapa Pentingnya Orang-Orang Melayu Melibatkan Diri Dalam Bidang Ekonomi Bagi Meningkatkan Taraf Hidup Mereka.

 

Objektif Penubuhan

Mengumpul Modal Di Kalangan Orang Melayu Dan Dilaburkan Dalam Bidang Ekonomi. Oleh Yang Demikian Orang Melayu Dapat Bersatu Untuk Bergerak Dalam Didang Ekonomi. Sebagai Balasannya, Mereka Akan Mendapat Keuntungan Dari Segi Dividen, Bonus Dan Berbagai Faedah Lain Yang Disediakan.

 

 

Visi

KPMNJ Memiliki Aset Yang Kukuh, Modal Yang Besar, Kepelbagaian Perniagaan Yang Menguntungkan Dan Berada Di Antara 10 Koperasi Terbaik Di Malaysia.

 

 

Misi

  1. KPMNJ Membudayakan Integriti, Kompetensi Dan Berwawasan Bagi Mencapai Matlamat Menjadi Organisasi Yang Cemerlang.
  2. Mewujudkan Hubungan Wargakerja Dengan Persekitaran Yang Kondusif Dalam Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti, Efektif, Berdaya Saing Dan Berbudaya Usahawan Gemilang.
  3. Mewujudkan Peluang Pembangunan Ekonomi, Sosial Dan Pembangunan Insan Kepada Semua anggota, Masyarakat Melayu Dan Umat Islam Secara Keseluruhan.