KPMJ Holdings Sdn Bhd

KPMJ HOLDINGS SDN BHD

Pengenalan

KPMJ Holdings Sdn Bhd Pada Asal Penubuhannya Adalah Syarikat Subsidiari Milik Penuh Kayu Utama Sdn Bhd (KUSB) Yang Dimiliki Sepenuhnya Oleh KPMNJ. Pada Tahun 1992, KPMJ (H) Menjadi Subsidiari Milik Penuh KPMNJ Secara Terus Melalui Penstrukturan Semula.

Aktiviti 

KPMJ(H) Memulakan Operasi Perniagaannya Mulai Tahun 1988 Dengan Bergiat Sebagai Syarikat Pegangan Dan Pengurusan Pelaburan/Saham, Pusat Peranginan Dari Tahun 1990 Sehingga Tahun 1995 Dan Juga Penyewaan Bangunan.

Aktiviti Terawal Yang Lain Adalah Pelaburan Dalam Subsidiari - Higlo Rubber Products Sdn Bhd Pada Tahun 1988, Sekamat Utama Sdn Bhd Pada Tahun 1991 Dan Mengendali Pusat Peranginan Yang Dikenali Sebagai Tinggi Islan Resort (TIR) Pada Tahun 1989.

KPMJ (H) Juga Memiliki Sebuah Kondominium Di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur Yang Dibeli Pada Tahun 1991. Dari Segi Pengurusan Pelaburan Pula, KPMNJ Pada Tahun 2004 Memberi Kepercayaan Kepada KPMNJ(H) Menguruskan Pelaburan Miliknya. Sebagai Imbalannya, KPMJ (H) Mendapat Yuran Pengurusan Pada Kadar 1.75% Daripada Nilai Semasa Pelaburan Pada Setiap Akhir Bulan. KPMJ (H) Juga Mengurus Simpanan Khas Anggota Untuk Bayaran Dividen Yang Tidak Diambil Oleh Anggota Dengan Imbalan Yuran Pengurusannya 1.5% Daripada Nilai Ketara Bersih Dana.