KERAJAAN NEGERI BERSETUJU PROJEK TERNAKAN KERANG DI BAWAH PEMANTAUAN UTM

f0657c0e-cc01-4670-8da8-d9df7a8b50fc WhatsApp Image 2018-06-28 at 09.00.06  WhatsApp Image 2018-06-28 at 09.00.10 WhatsApp Image 2018-06-28 at 09.00.11

KERAJAAN NEGERI BERSETUJU PROJEK TERNAKAN KERANG DI BAWAH PEMANTAUAN UTM

24hb Jun 2018 (Ahad) bersamaan 10 Syawal 1439H . Pengerusi  Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor , Tn Hj Dzulkefly bin  Ahmad memaklumkan projek ini sangat berdaya maju dan akan diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri.

Projek ini dicadangkan di perairan Benut, Pontian. Melalui projek ini, Kerajaan Negeri akan memberi peluang kepada syarikat, NGO atau Koperasi yang berminat.

Projek Ternakan Kerang akan dilaksanakan melalui sistem yang lebih tersusun di bawah seliaan pensyarah khas dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Projek ternakan kerang ini akan diuruskan secara sistematik yang akan dapat mengawal kadar keracunan dan toksid di dalam air. Kerang-kerang yang akan dihasilkan kelak lebih sihat, saiz yang lebih besar , kadar keracunan yang rendah akan dipasarkan sehingga ke Singapura.

YB Tn Hj Dzulkefly bin Ahmad berucap demikian semasa kunjung hormat KPMNJ di Bilik Mesyuarat EXCO di Nusajaya. Turut hadir adalah Pengerusi KPMNJ , Tn Hj Ahmad Daud.