Ar-Rahnu KPMNJ

Pengenalan

Aktiviti Ar-Rahnu Dimulakan Pada Tahun 1996 Dengan Memberi Kemudahan Kepada Anggota-Anggota KPMNJ Sahaja Tetapi Tidak Mendapat Sambutan. Pada 26hb. Julai 2007, Perkhidmatan Ini Dihidupkan Semula Bermula Di Bangunan KPMNJ Sendiri, Memberikan Perkhidmatan Pinjaman Bercagarkan Emas (Berdasarkan Nilai Marhun) Kepada Anggota-Anggota KPMNJ Dan Orang Awam.

Cawangan

  • Bangunan KPMNJ (Jalan Segget).
  • Wisma Koperasi Melayu (Cawangan Tampoi).
  • Cawangan Kluang.
  • Cawangan Kota Tinggi.

Menggunakan Prinsip Syariah

  • Al-Qardhul Hasan (Pinjaman Kebajikan Tanpa Riba).
  • Al Wadiah Yad Dhamanah (Simpanan Dengan Jaminan).
  • Al-Ujrah (Upah).

Kadar Pembiayaan

Bagi Anggota KPMNJ Ialah 70% Dari Nilai Marhun Dan 65% Bagi Bukan Anggota KPMNJ.

Perkhidmatan lain

Menawarkan Perkhidmatan Simpanan Emas Untuk Tempoh Tertentu Dengan Kadar Upah Yang Berpatutan. Perkhidmatan Ini Sesuai Sekali Apabila Pelanggan-Pelanggan Pergi Bercuti, Mengerjakan Umrah Atau Haji.

Perlindungan

Kesemua Emas Yang Digadaikan, Disimpan Dan Dilindungi Sepenuhnya Oleh Syarikat Perlindungan Takaful.