EXECTRAVEL
Destinasi Anda, Keutamaan Kami
Menemani Anda Mengembara Dengan Keyakinan – Rakan Pelancongan Terpercaya Sejak 1983

Eksekutif Travel & Tours (M) Sdn Bhd
Eksekutif Travel & Tours (M) Sdn. Bhd (EXECTRAVEL) merupakan salah satu agensi pelancongan terkemuka di Johor Bahru, beroperasi sejak 21 Januari 1983. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ), sebuah koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dengan keanggotaan lebih 8,500 orang di seluruh negeri Johor.
Exectravel dilesenkan di bawah Akta Industri Pelancongan dan menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan pelancongan dalam dan luar negara, termasuk perkhidmatan agensi serta pengurusan acara profesional.
Aktiviti Perniagaan
- Pakej Pelancongan Dalam Negara (Inbound) & Luar Negara (Outbound)
- Pakej Umrah & Ziarah
- Perkhidmatan Agen Tiket Penerbangan, Feri & Cruise
- Perkhidmatan Pengurusan Acara (MICE)
- Penyewaan Kenderaan & Pengurusan Hotel Bajet
- Pengurusan Penyabong Beach Resort di Mersing sejak tahun 2005


