Bersama Mencipta Nilai, Membina Masa Depan

Jadi sebahagian daripada gerakan ekonomi Bumiputera moden dan berdaya saing

Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) kini membuka peluang kepada terutama generasi muda untuk menyertai dan membina masa depan ekonomi bersama komuniti progresif yang berpaksikan integriti dan inovasi.

Syarat Keanggotaan

Kenapa Sertai Kami?

Dividen Tahunan

Pulangan keuntungan tahunan kepada semua anggota

Elaun Kehadiran MAK

Elaun bagi anggota yang hadir Mesyuarat Agung Kawasan

Elaun Kehadiran MAP

Elaun khas kepada wakil yang hadir mesyuarat perwakilan

Hadiah Pelajaran

Galakan kepada anak-anak dan anggota yang cemerlang dalam pelajaran

Pinjaman Gadaian Emas 80%

Kemudahan pinjaman bercagar di semua cawangan Ar-Rahnu

Diskaun Pakej Pelancongan

Potongan harga istimewa untuk pakej pelancongan (Excatravel Sdn. Bhd.)

Kursus & Latihan Percuma (IKMa)

Peluang mengikuti program latihan percuma untuk anggota

Sumbangan Penyakit Kritikal

Bantuan kewangan bagi anggota yang menghidap penyakit kritikal

Sumbangan Bencana Alam

Bantuan kepada anggota yang terjejas akibat bencana

Khairat Kematian

Sumbangan kepada waris anggota yang meninggal dunia

Pembukaan Akaun Al-Awfar Bank Islam Secara Percuma

Kemudahan membuka akaun simpanan Al-Awfar tanpa sebarang caj untuk anggota KPMNJ

Cara Sertai

Langkah 1

Isi borang permohonan secara dalam talian di laman rasmi KPMNJ

Langkah 2

Lengkapkan dokumen dan lakukan bayaran modal saham keanggotaan seperti ditetapkan

Saham Bagi Individu: RM 500 + RM 50 bagi wang pemprosesan

Saham Bagi Koperasi : RM 5,000 + RM 500 bagi wang pemprosesan

Langkah 3

Tunggu proses kelulusan dan mula menikmati pelbagai faedah sebagai ahli rasmi KPMNJ



Keanggotaan KPMNJ

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada orang-orang Melayu beragama Islam yang mempunyai waris yang sah menetap di Negeri Johor dan Koperasi Melayu yang didaftarkan dibawah Akta sebagai koperasi asas dalam kawasan operasi



wpChatIcon
wpChatIcon